Sanding kali kedua: Fazley lega tunaikan wasiat arwah bapa

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, pengacara dan chef terkenal, Datuk Fazley berasa lega apabila wasiat arwah bapanya akhirnya terlaksana.

Menurut Fazley Yaakob, 40, majlis persandingan kali kedua bersama isterinya, Azrene Soraya ini merupakan hajat yang dipohon oleh arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

"Hajat saya lega apabila sudah selesai melaksanakan hajat atau wasiat arwah bapa yang mahu melihat menantunya (Azrene) dapat merasakan kebahagiaan dan memori baharu.

"Bapa sangat menyayangi isteri saya. Kata arwah bapa, Azrene layak untuk mendapatkan hidup dan memori baharu.

"Lantas inilah yang dapat saya lakukan untuk memenuhi hajat arwah ayah," ujarnya.

Ahmad Fadzli Yaakob atau Fazley yang ditemui ketika majlis persandingan kedua mereka di Lanai Tamu, Neo Damansara, berkata, meskipun sudah pernah duduk di pelamin, namun debaran tetap sama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang keliru Fazley Yaakob penyanyi atau Chef...]

"Sejujurnya saya sangat berdebar... macan kali pertama naik pelamin. Lagipun saya tak ingat dah memori 13 tahun lalu sampailah saya dapat tengok gambar.

"Jadi hari ini saya bina memori baharu walaupun 13 tahun lalu dibina dengan air mata tetapi saya nak buka buku baharu.

Artikel Berkaitan:


"Lebih istimewa bagi saya malam ini apabila dapat menjadikan rakan-rakan media sebagai tetamu VIP saya. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang telah bersama saya sepanjang 13 tahun lalu," ujar Fazley tersenyum.

Tambah penyanyi Asmara Ini lagi, berkata, jika sebelum ini cerita fasal perkahwinan mereka penuh tangisan air mata, biarlah kali ini agar dibualkan orang ramai dengan cerita baharu.

"Inilah memori baharu untuk isteri dan anak-anak. Kalau dulu kisah perkahwinan kami dibualkan kerana air mata, sekarang saya mohon bualkanlah dengan buku baharu dan penuh kegembiraan. Kita nak move on," akhirinya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!