Mekanik dihanyut arus dikhuatiri lemas

Pencarian oleh anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di tempat kejadian di Sungai Benus, Bentong, Selasa. - Foto ihsan polis
Pencarian oleh anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di tempat kejadian di Sungai Benus, Bentong, Selasa. - Foto ihsan polis
A
A
A

BENTONG - Seorang mekanik lori dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Benus yang berada di belakang bangunan Pusat Servis Perodua di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa, Tan Kok Meng, 59, terjatuh ke dalam sungai itu ketika mahu membantu rakannya mengikat tali pada pokok.

Sehingga jam 2 petang Selasa, mangsa masih belum ditemui.

Anggota polis, bomba dan APM dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Benus, Bentong yang dikhuatiri lemas petang Isnin. - Foto ihsan polis
Anggota polis, bomba dan APM dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Benus, Bentong yang dikhuatiri lemas petang Isnin. - Foto ihsan polis

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sebelum kejadian, mangsa mahu membantu rakannya mengikat tali ke pokok di seberang sungai untuk tujuan menggerakkan jentera sedut pasir ke bahagian tengah sungai.

"Menurut rakan mangsa, semasa mangsa turun ke sungai untuk ke seberang bersama tali, mangsa dihanyutkan kerana air deras.

"Rakan mangsa tidak dapat menolongnya kerana kejadian berlaku terlalu pantas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Lokasi kejadian seorang mekanik dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Benus, Bentong pada petang Isnin. - Foto ihsan polis
Lokasi kejadian seorang mekanik dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Benus, Bentong pada petang Isnin. - Foto ihsan polis

Zaiham berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan membabitkan 40 orang terdiri pasukan polis, anggota Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula malam Isnin sebelum ditangguhkan dan bersambung pada pagi Selasa.

"Jarak pencarian mangsa setakat ini adalah sejauh lima kilometer," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!