Rakyat, umat Islam tak wajar maafkan isu kartel daging: Anwar

Anwar (kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis pelancaran buku '100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008-2011' di bangunan Institut Darul Ehsan (IDE), pada Selasa.
Anwar (kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis pelancaran buku '100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008-2011' di bangunan Institut Darul Ehsan (IDE), pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu kartel daging merupakan satu perbuatan yang tidak wajar dimaafkan seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyifatkan darah daging umat Islam diceroboh sebagai perbuatan paling keji dan hina.

"Kita dengar jawapan Jakim semalam bahawa mereka tiada kuasa dalam isu kartel daging.

"Ini paling keji dan hina bagaimana darah daging umat itu diceroboh... Ini soal halal, bukan isu kementerian pertanian... yang bagi cop halal Jakim, jadi (mereka) harus bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah laku proses import daging perlu diteliti

Kartel daging: Jakim perlu diberikan lebih kuasa

Kartel daging: Ada pihak ciplak sijil halal Jakim

"Saya fikir rakyat Malaysia dan umat Islam tidak wajar memaafkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku '100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008-2011 karya nukilan Dinsman di bangunan Institut Darul Ehsan (IDE) pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Isu kartel import daging haram bertukar halal yang menjadi gempar di seluruh negara setelah dibongkar Sinar Harian pada 23 November lalu kini menjadi perhatian seluruh pihak apabila perkara itu turut dibangkitkan melalui usul tergempar di sidang Dewan Rakyat.

Kegiatan itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.

Setelah dibangkitkan di Parlimen awal bulan lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan kes kartel import daging haram yang dikatakan berlaku di Senai, sedang dalam proses siasatan.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menuntut kerajaan menunjukkan tekad politik dalam memberi jawapan terhadap isu berkenaan selain memberi tumpuan kepada pihak mempergunakan agama.

"Harus ada tekad politik untuk memberi jawapan segera dan menumpukan pada orang-orang yang menggunakan agama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!