BN perlu ideologi baharu untuk menang PRU15
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) digesa supaya bersedia dengan nilai ideologi baharu jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, BN dijangka tumpas pada PRU15 sekiranya masih berpegang dengan asas prinsip dan resolusi yang lama.
Menurutnya, era legasi BN sebagai parti kerajaan sudah tiada, malah perlu akur dengan hakikat bahawa mereka akan mengharungi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai parti pembangkang.
“PRU15 tidak akan menyamai PRU sebelumnya di mana waktu itu BN merupakan parti pemerintah yang menguasai banyak 'apparatus' (sistem) pentadbiran dan sumber yang cukup. Itu pun BN tewas.
“PRU15 perlu pemikiran baharu. Jika BN kekal dengan 'superiority complex' (meninggi diri) dan ego lama, ia bakal menemui jalan yang sukar,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Selasa.
BN merupakan sebuah parti yang telah menguasai pentadbiran negara sejak 60 tahun, namun tewas pada PRU14.
Bagaimanapun, parti itu kembali semula menyertai pentadbiran kerajaan menerusi Perikatan Nasional (PN) selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu.
PRU 15 tidak akan menyamai PRU sebelum nya di mana waktu itu BN merupakan parti pemerintah yg menguasai banyak aparatus pentadbiran dan sumber yang cukup.Itu pun BN tewas.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 29, 2020
PRU15 perlu pemikiran baru.Jika BN kekal dgn SUPERIORITY COMPLEX dan ego lama,ia bakal menemui jln sukar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!