Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hingga Jun 2021

Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Disember ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021. Foto 123rf
Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Disember ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021. Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Disember ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan pengecualian cukai jualan penuh dilaksanakan ke atas kenderaan penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan (CKD).

"Pengecualian 50 peratus cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV import baharu dan import terpakai (CBU),” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu bermula 15 Jun dan akan berakhir pada 31 Disember 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!