MPS hilang hasil RM1.07 juta

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kehilangan hasil sebanyak RM1.07 juta selepas pelaksanaan pengecualian bayaran sewaan gerai kepada seramai 1,800 penyewa pada April dan Mei lalu susulan Covid-19.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, MPS juga kehilangan hasil caj lewat sebanyak RM957,564 berikutan arahan pengecualian yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, MPS turut menawarkan pengurangan waran tahan sebanyak RM2.7 juta dan caj lewat sebanyak RM300 bagi kempen bayar tunggakan cukai taksiran kawasan kampung serta kos rendah bagi membolehkan pemilik membuat bayaran tertunggak.

"Covid-19 juga menjejaskan sektor pelancongan di kawasan pentadbiran MPS apabila 80 peratus pengunjung berkurang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Setelah PKP dilonggarkan, MPS membenarkan beberapa kawasan dibuka seperti di Taman Ekstrem Gua Damai bagi aktiviti rock climbing tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!