Letupan periuk api bunuh sembilan orang awam di Somalia

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya sembilan termasuk seorang bayi dan wanita, terbunuh ketika sebuah kenderaan membawa penumpang awam meletup selepas terkena periuk api di wilayah Jub, Somalia pada Isnin, menurut pegawai.

Kejadian berlaku berhampiran kawasan Taabto, timur laut bandar Dhobley berhampiran sempadan Somalia-Kenya.

Menurut pegawai pentadbiran Jubaland di pinggir bandar Kismayo, Abdi Asis Hussein Gedi, kenderaan dalam perjalanan ke bandar Dhobley itu menjadi sasaran periuk api, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang awam, termasuk wanita dan bayi, katanya ketika dihubungi Agensi Anadolu.

Bandar Dhobley terletak 191 kilometer dari Kismayo, ibu kota pentadbiran Jubaland.

Mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan terhadap orang awam yang tidak bersenjata mesti dihadapkan ke muka pengadilan, tambahnya.

Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi al-Shabaab, kumpulan gabungan al-Qaeda, berpangkalan di Somalia mengaku bertanggungjawab atas serangan baru-baru ini di negara Afrika itu.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas empat orang maut ditembak di kawasan Waberi di Mogadishu pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!