Polis rampas air ketum di pangsapuri penjawat awam

Botol mengandungi air ketum yang dirampas polis di pangsapuri penjawat awam di Presint 5, Putrajaya pada Selasa. - Foto Ihsan pembaca
Botol mengandungi air ketum yang dirampas polis di pangsapuri penjawat awam di Presint 5, Putrajaya pada Selasa. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 61 botol membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak 91.5 liter air ketum dirampas polis di pangsapuri penjawat awam di Presint 5 dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, air ketum yang bernilai RM1,525 itu ditemui di dalam tong berwarna oren yang disorokkan di bilik saluran gas.

"Atas maklumat awam pada jam 12.30 tengah hari tadi, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Putrajaya menuju ke bilik saluran gas yang terletak di salah satu blok pangsapuri itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!