[INDIVIDU TAHUN 2020] 'Pak Long' paling sporting

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.

- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 60

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga digelar ‘Pak Long’ oleh netizen ini merupakan antara personaliti paling menonjol pada tahun 2020.

Hal ini kerana, setiap petang ‘Pak Long’ bersiaran secara langsung dan menyampaikan maklumat terkini berkaitan wabak Covid-19, terutamanya prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat untuk membendung wabak tersebut.

‘Pak Long’ juga sering diusik netizen apabila baju batik yang dipakainya disamakan dengan pelbagai jenis kuih-muih yang popular pada bulan Ramadan.

‘Pak Long’ bukan sahaja menjalankan tugas yang baik malah pada masa sama cukup sporting dan tidak melatah apabila diusik netizen.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!