Tentera Darat siasat dakwaan pegawai kanan tumbuk anggota

Kelihatan pegawai kanan ATM bercakap dengan anggota tentera di pintu masuk sebuah kem tentera.
Kelihatan pegawai kanan ATM bercakap dengan anggota tentera di pintu masuk sebuah kem tentera.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan seorang pegawai kanan Tentera Darat menumbuk anggota bawahan yang ditularkan menerusi media sosial, sedang disiasat, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, siasatan juga dijalankan secara bebas dan adil.

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga meminta semua pihak bersabar serta berhenti membuat dakwaan demi menjaga nama baik Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada Selasa lepas, rakaman video berdurasi seminit 10 saat yang tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan berpakaian preman menumbuk anggota yang lengkap bersenjata sedang mengawal pintu masuk kem tentera.

Bagaimanapun, anggota itu dilihat tidak melawan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!