[INDIVIDU TAHUN 2020] Tekad si gadis Borneo
Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.
- Veveonah Mosibin,18
Pelajar Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mencuri tumpuan ramai apabila rakaman video dirinya memanjat pokok untuk mencari capaian internet demi menduduki peperiksaan dalam talian menjadi tular.
Veveonah dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah memuat naik video menerusi saluran YouTube miliknya memaparkan pengalaman terpaksa memanjat dan bermalam di atas pokok untuk mendapatkan capaian internet yang lancar sepanjang peperiksaan dalam talian berlangsung pada 9 Jun lalu.
Malangnya, video tersebut menimbulkan kekecohan apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa remaja tersebut tidak mengambil peperiksaan ketika video tersebut menjadi tular. Sebaliknya, beliau melakukannya dilakukan untuk hiburan dan menaikkan jumlah tontonan saluran YouTube miliknya.
Namun, beberapa jam kemudian Zahidi memohon maaf kepada Veveonah dengan alasan beliau telah menerima maklumat tidak tepat berhubung insiden terbabit.
Rentetan daripada video Veveonah, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan untuk membina sebuah menara telekomunikasi berhampiran kampung Veveonah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!