Dua warga Myanmar tak mengaku salah rogol OKU

Kedua-dua warga Myanmar ini tidak mengaku bersalah atas tuduhan rogol seorang OKU pendengaran dan bisu semasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu.
Kedua-dua warga Myanmar ini tidak mengaku bersalah atas tuduhan rogol seorang OKU pendengaran dan bisu semasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu.

Tertuduh, Akramullah Jamal Hussein, 23, dan Shunamy Abdul Salam, 36, tidak mengaku salah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan dibacakan secara bersama oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun secara berkumpulan di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu, lebih kurang jam 7.30 malam, pada 11 November lalu.

Bagi kesalahan itu, setiap tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah seterusnya menetapkan 11 Januari depan sebagai sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana mereka adalah warga asing.

Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki warga Myanmar ditahan dipercayai terlibat dalam kes rogol membabitkan seorang wanita OKU dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Hulu Terengganu.

Kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 11 malam di dua lokasi berasingan di sekitar Ajil, Hulu Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Siasatan awal mendapati mangsa dirogol pada jarak 50 meter dari kediaman mangsa selepas suspek berjaya memperdaya mangsa dengan memanggilnya yang ketika itu berada di ruang dapur rumah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!