Bank Rakyat lancar visi, misi baharu

Antara tetamu kenamaan yang hadir pada sesi sidang media secara alam maya di Menara Berkembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur pada Rabu.
Antara tetamu kenamaan yang hadir pada sesi sidang media secara alam maya di Menara Berkembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

BANK Rakyat, bank koperasi Islam terbesar di Malaysia pada Rabu melancarkan visi dan misi baharu selari dengan cabaran dan kesan akibat pandemik Covid-19.

Pelancaran visi ‘Bank Koperasi Islam Progresif No.1 di Malaysia’ serta misi ‘Memacu kemakmuran ekonomi anggota, pelanggan dan negara bangsa’ itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Terdahulu, Wan Junaidi dalam ucapannya berkata, beliau percaya pelancaran visi dan misi baharu bank itu tepat pada masanya khususnya dalam persekitaran ekosistem sektor koperasi dan keusahawanan semasa.

Katanya, dalam mendepani kesan ekonomi akibat pandemik itu, Bank Rakyat telah mengambil pendekatan secara inklusif dan menyeluruh melalui pembaharuan hala tujunya.

"Langkah pembaharuan strategi dan hala tuju ini merupakan salah satu usaha Bank Rakyat untuk memelihara daya tahan kewangan pelanggannya dan sara hidup masyarakat serta mempersiapkan perniagaan dan koperasi untuk sebarang kemungkinan dengan memastikan mereka boleh mengakses perkhidmatan bank dengan mudah.

"Dengan visi ‘Bank Koperasi Islam Progresif No.1 di Malaysia’ serta misi ‘Memacu kemakmuran ekonomi anggota, pelanggan dan negara bangsa’, Bank Rakyat bersedia untuk lebih ke hadapan dalam memberi sokongan akses kewangan yang holistik kepada pelbagai segmen, termasuk koperasi, anggota dan pelanggan bank, serta negara bangsa secara menyeluruh.

"Selain itu, matlamat Bank Rakyat untuk menjadi Bank Koperasi Islam yang progresif juga sejajar dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menghidupkan semula sektor koperasi dan keusahawanan melalui spektrum pendigitalan, inovasi dan teknologi.

"Ia penting bagi membantu sektor ini pulih dalam persekitaran pandemik Covid-19," katanya ketika menyempurnakan pelancaran secara dalam talian di Menara Kembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Wan Junaidi
Wan Junaidi

Mengulas lanjut, Wan Junaidi turut berharap bank itu memainkan peranan sebaiknya untuk membantu khususnya usahawan mikro dan koperasi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Katanya, langkah itu perlu bagi menyokong usaha yang dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar ini.

"Kita berharap Bank Rakyat dapat memainkan peranan membantu pelanggan terutama usahawan kecil dan koperasi yang memerlukan bantuan.

"Saya juga yakin dengan pelancaran visi dan misi baharu ini, Bank Rakyat akan terus memperkasakan mandat Kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat akses perbankan yang menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.

Sementara itu, dalam majlis sama, Wan Junaidi turut mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baharu.

"Saya yakin dengan kemampuan dan pengalaman yang ada pada beliau mampu membawa Bank Rakyat ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Abdul Rani ketika bercakap pada sidang akhbar selepas itu berkata, beliau nekad membawa Bank Rakyat ke mencapai kejayaan seiring dengan visi dan misi baharu.

"Saya sangat berterima kasih terharu dengan pelantikan ini dan berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!