Tiga jenama daging edaran Fair Exports dijamin halal

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengeksport daging, Fair Exports (India) Pvt Ltd (Fair Exports) memaklumkan tiga jenama daging yang diedarkan di Malaysia iaitu Al-Tamam, Al Fadeel dan Amroon dijamin halal.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, syarikat dari India itu menegaskan pihaknya sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan produk berkenaan memenuhi hukum syarak.

“Daging kami disembelih dan diproses di loji penyembelihan berteknologi tinggi dan sentiasa dipantau dengan ketat oleh organisasi Islam di India yang diiktiraf oleh Jakim.

“Loji penyembelihan bernombor 42 itu berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Daging yang diproses dari loji ini juga dieksport ke lebih 29 negara,” kata kenyataan itu.

Daging jenama Al-Tamam, Al Fadeel dan Amroon dijamin halal.
Daging jenama Al-Tamam, Al Fadeel dan Amroon dijamin halal.

Menurut kenyataan itu, antara negara yang mengimport produk dari syarikat itu ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, Iraq, Jordan, Maldives, Indonesia dan Mesir.

“Fair Exports merupakan syarikat yang telus dan tidak akan berkompromi membabitkan aspek pematuhan halal sesebuah produk,” katanya.

Untuk rujukan dan maklumat lanjut sila layari https://www.fairexports.net/quality/.

Artikel Berkaitan:

Daging edaran Fair Exports disembelih dan diproses di loji penyembelihan berteknologi tinggi dan sentiasa dipantau dengan ketat oleh organisasi Islam di India yang diiktiraf oleh Jakim.
Daging edaran Fair Exports disembelih dan diproses di loji penyembelihan berteknologi tinggi dan sentiasa dipantau dengan ketat oleh organisasi Islam di India yang diiktiraf oleh Jakim.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid memaklumkan tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon (Fair Exports) dan Al-Aali antara pembekal daging yang dijamin halal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga syarikat pengeluar daging terbesar dijamin halal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!