Skuter elektrik
Kelihatan pengunjung menunggang E-Scooter (skuter elektrik) ketika tinjauan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar ibu kota hari ini.
Polis Kuala Lumpur akan mengenakan tindakan undang-undang kepada individu yang menunggang E-Scooter (skuter elektrik) di atas jalan raya yang menjadi trend baharu orang ramai mulai 1 Januari depan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata bahawa pihaknya telah menerima banyak aduan orang awam mengatakan penunggang-penunggang skuter elektrik itu bermain di atas jalan raya dan tidak menunggang di tempat yang digazetkan seperti taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kaki lima.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!