Pas berhasrat perkukuh Muafakat Nasional, perkasa PN

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas berhasrat memperkukuhkan kerjasama lebih mantap dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, usaha itu adalah sebagai menyambut hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengukuhkan Muafakat Nasional dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN).

"Dalam tiga-tiga parti ini secara asasnya tidak ada satu pun yang boleh berdiri sendiri. Kita hendak menjadi kerajaan yang gagah dalam pilihan raya akan datang ini kena ada kerjasama yang mantap antara Pas, UMNO dan Bersatu,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PRU15 memerlukan ketiga-tiga parti utama merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan, dan beliau berharap hasil PRU15 nanti akan mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih gagah dan stabil.

"Setakat ini pertemuan antara sayap parti sedang berjalan dan kita dapat maklumat hubungan itu (antara parti) memang ada, cuma ada yang secara formal dan tidak formal,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!