Hina Agong: Tunku Azizah murka, mahu pemilik Instagram dikenakan tindakan

Tunku Azizah memuat naik Instagram 'bukan_bangjago' yang menghina Al-Sultan Abdullah.
Tunku Azizah memuat naik Instagram 'bukan_bangjago' yang menghina Al-Sultan Abdullah.
A
A
A

SHAH ALAM – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah murka terhadap beberapa hantaran gambar di media sosial yang menghina wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menerusi laman Instagram ‘airtangan_tunkuaziah’ memuat naik tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting pemilik akaun ‘bukan_bangjago’ dan menggesa individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan.

Bagaimanapun Tunku Azizah sempat berseloroh kepada Al-Sultan Abdullah bahawa foto itu kelihatan ‘comel dan seksi’.

“Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Beta tunjukkan hantaran kepada suami dan beritahu baginda kelihatan comel dan seksi.

“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja. Kepada ALLAH berserah. Sila ambil tindakan,” ciap Tunku Azizah di Instagram baginda pada Khamis.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Instagram baginda mahu agar tindakan tegas dikenakan ke atas pengendali akaun palsu itu.

“Saya mohon pelaku-pelaku ini dilucutkan kerakyatan. Kita mesti lakukan sesuatu.

“Tangkap dan hukum. Tidak hormat langsung.

Artikel Berkaitan:

“Allahuakbar. Kami sayang raja dan permaisuri kami. Bagaimanapun, Tunku sangat positif. Moga ALLAH sentiasa melindungi. Amin,” ciap beberapa netizen di Instagram.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!