Kebakaran rumah kedai
Sembilan buah keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di lot rumah kedai di Jalan Tunku Abdul Halim musnah dalam kebakaran tengah hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.13 petang dan tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.
Mohamadul Ehsan berkata kebakaran ini melibatkan rumah kedai Kelas B dua tingkat dengan anggaran keluasan setiap satunya adalah 20X40 kaki persegi dan setakat ini peratus kemusnahan belum dapat dipastikan sementara punca kebakaran masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!