Muhyiddin yakin sinar lebih cerah menanti rakyat Malaysia
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin ada sinar yang lebih cerah menanti seluruh rakyat Malaysia untuk tahun 2021.
Jelas beliau, Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengunjurkan tempoh masa selama empat hingga lima tahun diperlukan dalam usaha dunia mengawal Covid-19 dengan efektif.
Menurutnya, dari segi ekonomi, IMF World Economic Outlook 2021 pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2021 adalah sekitar 5.4 peratus.
"Sementara, Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara 6.5 hingga 7.5 peratus.
"Apa yang pasti, unjuran optimistik ini menunjukkan bahawa ada sinar yang lebih cerah menanti kita semua pada tahun 2021.
"Dengan unjuran-unjuran positif ini, kerajaan akan menggembleng usaha untuk memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
12 kontena bantuan Mapim berjaya memasuki Gaza
Pantau kenderaan berat lebih kerap
UiTM cipta sejarah IPT pertama terima Anugerah Pencipta Perak daripada YouTube.
Harga petrol RON97 naik lagi 3 sen
Kalah kes saman fitnah: Hannah Yeoh wajar letak jawatan
Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu
70 saksi hukuman sebat dilarang bawa masuk peranti - Polis
'Demi nyawa orang lain, aku tahan lori ini'