Setiap hari mimpi kiamat, isteri Fad kini bertudung
ISTERI kepada pelawak terkenal, Fad Bocey, berkongsi status panjang lebar berhubung dia kini sudah menutup aurat sepenuhnya sejak pertengahan Januari lalu.
Dalam perkongsian di Instagram Fad, Syaheera berkata, keputusannya itu dibuat gara-gara mengalami mimpi yang mengerikan.
Pada masa sama, Syaheera turut memberitahu dia sudah mempunyai niat sejak mengumpul tudung.
"Sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu-satu tinggalkan saya. Saya selalu cerita dengan Fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him.
"Saya jadi tertanya-tanya kenapa rasa ini buatkan saya resah tak berhenti fikir.
"Sampai lah satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima. Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak.
"Bila bangun rasa sedih rasa sayu sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak, siapkan mereka pergi dan hantar ke sekolah, balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar," tulisnya.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkata lagi, keputusannya itu adalah atas kerelaan dari hatinya sendiri.
"Tiada paksaan daripada suami, tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu?
"Satu ceramah yang saya dengar dari YouTube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya.
"Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yang dapat bimbing saya.
"Ramai sangat yang DM, WhatsApp, semuanya bagi semangat. Tak tau nak cakap, rasa tu macam ramainya yang sayang kita sebenarnya.
"19 Januari hari pertama saya bertudung sepenuhnya. Satu rasa yang tak tau nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang, rasa luas, rasa lega. Doakan saya terus istiqamah," katanya.
Fad dan Syahirah berkahwin pada 14 Mac 2015 di Jitra, Kedah sebelum ini telah dikurniakan anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015 dan bersalin secara pembedahan.
Manakala anak ketiga, pasangan itu dikurniakan anak perempuan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!