Klopp tak takut ancaman United

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak gusar dengan aksi kurang konsisten yang dipamerkan para pemainnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, keadaan itu tidak memberikan tekanan kepada pasukan walaupun kedudukan Liverpool sebagai pendahulu liga dilihat terancam dengan kebangkitan yang dipamerkan Manchester United.

Malah, Klopp turut menegaskan saingan liga masih panjang dan pasukannya masih boleh bangkit selain pasukan pencabar lain juga mempunyai peluang untuk menjadi calon juara.

"Perkara terakhir yang saya fikirkan adalah kami masih berada dalam kelompok pasukan teratas dalam saingan EPL.

"Memang ia bagus kepada kami tetapi tidak membawa erti kerana perjalanan liga masih jauh. Saya turut merasakan bahawa saingan liga musim ini sangat sukar buat semua pasukan.

"Kami harus terus maju dan cuba meraih kemenangan dalam perlawanan seterusnya menentang Southampton, Aston Villa dan Manchester United," katanya.

The Reds meraih keputusan seri kedua berturut-turut selepas diikat Newcastle United pada Khamis-meneruskan prestasi hambar sama seperti ketika seri 1-1 dengan West Bromwich di Anfield pada Isnin.

Liverpool memang tidak tewas dalam 12 perlawanan selepas kali terakhir dibelasah Aston Villa 2-7 pada Oktober, namun hanya mampu meraih enam kemenangan dan selebihnya adalah keputusan seri.

Artikel Berkaitan:

"Kami memang tidak mendapatkan keputusan yang kami inginkan tapi itu bukan perkara terburuk di dunia. Ada banyak perkara yang lebih buruk sedang berlaku," kata Klopp.

Pasukan gergasi EPL itu akan berdepan Southampton dalam aksi EPL di Stadium St Mary pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!