Tahun 2020 saksi sebuah kerajaan lemah, bercelaru: Abdul Hadi
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap segala peristiwa yang berlaku pada tahun 2020 dijadikan pengajaran dan bekalan untuk dihadapi pada tahun ini.
Menurut Abdul Hadi, tahun 2020 telah menyaksikan sebuah kerajaan yang lemah dan bercelaru.
“Digantikan dengan sebuah kerajaan yang saling bersatu padu dalam menjaga keharmonian dan perpaduan kaum demi menyelamatkan negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Ahli Parlimen Marang itu menambah, pada tahun lalu juga menjadi tahun yang memperlihatkan bagaimana rakyat dan kerajaan saling bekerjasama dalam menangani pandemik Covid-19.
“2020 ini mengajar kita supaya menghargai seluruh pengorbanan dan jerit perih yang dilalui oleh barisan hadapan negara. Selamat Tahun Baru 2021,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!