Abai SOP kerana sambut Tahun Baharu

Suasana di Lebuh Chulia malam tadi dipenuhi orang ramai yang mahu menyambut malam ambang tahun baharu.
Suasana di Lebuh Chulia malam tadi dipenuhi orang ramai yang mahu menyambut malam ambang tahun baharu.
A
A
A

GEORGETOWN - Suasana malam ambang Tahun Baharu 2020 di sekitar Lebuh Chulia serta Love Lane di sini pada malam Jumaat meriah dan luar biasa dengan kehadiran ribuan pengunjung termasuk warga asing.

Masyarakat mungkin sudah lupa wabak Covid-19 masih menular dan boleh menjangkiti mereka jika mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Tinjauan Sinar Harian mendapati restoran dan bar dipenuhi pelanggan sejak jam 8 malam malah aliran trafik sangat sesak hingga menyukarkan laluan penduduk tempatan di kawasan berhampiran.

Lebih mengecewakan, ada yang membawa anak kecil semata-mata mahu melepak dan meraikan momen bermakna bersama rakan-rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melakukan pemantauan bagi memastikan orang ramai tidak terlalu teruja menyambut tahun baharu sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurutnya, operasi lima jam bermula jam 10 malam itu menumpukan kawasan tumpuan orang ramai pada malam ambang Tahun Baharu 2021.

Seorang pelancong asing membawa anak kecilnya ketika melepak di sebuah bar malam tadi.
Seorang pelancong asing membawa anak kecilnya ketika melepak di sebuah bar malam tadi.

"Sebanyak 165 kenderaan dan 61 premis bar dan restoran diperiksa membabitkan seramai 880 individu.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, 27 daripadanya dikenakan kompaun kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Soffian berkata, sebanyak sembilan premis dikenakan kompaun MBPP manakala enam lagi diberi notis perintah penutupan sementara.

Selain itu katanya, operasi juga dilakukan di beberapa inap desa di kawasan Batu Feringghi dan sekatan jalan raya utama sekitar daerah ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang naik secara mendadak dalam tempoh tiga hari ini.

Katanya, seramai tiga individu ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Ditanya mengenai pergaduhan yang berlaku di antara seorang lelaki dan anggota penguat kuasa MBPP seperti yang tular di laman sosial, Soffian berkata, berlaku perselisihan faham antara mereka namun telah diselesaikan dengan baik.

"Ia hanya perselisihan kecil dan sudah selesai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!