Ebit Lew sumbang 1,200 kotak KFC untuk frontliners

Ebit Lew menyumbangkan 1,200 kotak KFC buat petugas barisan hadapan di MAEPS.
Ebit Lew menyumbangkan 1,200 kotak KFC buat petugas barisan hadapan di MAEPS.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberi sumbangan 1,200 kotak makanan KFC untuk petugas barisan hadapan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Menerusi kemaskini di laman Facebook pada Jumaat, Ebit berkata, pihaknya merasa sebak dan terharu dengan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19.

Ebit berkata, beliau juga tampil memberi sumbangan berkenaan selepas ramai petugas barisan hadapan memintanya untuk menziarahi mereka bagi memberi semangat dan doa.

"Terus saya ziarah ke MAEPS. Belanja 1,200 kotak KFC untuk semua kakitangan di sana.

"Sayu dengar katil 10,000 disediakan untuk pesakit, mereka ambil dari banyak hospital dan mesti jauh ulang-alik," katanya.

Dalam pada itu, Ebit berkata, beliau juga amat bersimpati dengan nasib petugas barisan hadapan yang perlu berdepan bebanan pertambahan kerja pada tahun baru ini dalam memerangi Covid-19.

Beliau berkata, walaupun penat berdepan pandemik ini, petugas barisan hadapan sanggup untuk terus berjuang dan berkorban demi tanggungjawab mereka.

"Kerana ALLAH dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)," katanya.

Sebak dan terharu dengan pengorbanan Frontliner negara. Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa....

Posted by Ebit Lew on Thursday, December 31, 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!