Perlanjutan bayaran balik PTPTN dapat bantu peminjam

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Perlanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mampu membantu peminjam yang berhadapan dengan masalah kewangan pada masa ini.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, dalam suasana ekonomi pada masa ini, setiap ringgit yang boleh diberikan atau dikekalkan dalam poket rakyat amat bermakna.

“Dengan wang yang ada di tangan, rakyat boleh berbelanja. Perbelanjaan domestik yang meningkat adalah amat diperlukan untuk menjana ekonomi negara,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada Jumaat.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan peminjaman PTPTN dan peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari hingga 31 Mac 2021.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 serta belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan perlanjutan diluluskan.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, perlanjutan penangguhan bayaran balik ini juga adalah tanda keprihatinan pihak PTPTN terhadap kebajikan terutama kepada peminjam.

“Apa sahaja usaha untuk membantu, akan kita jalankan. Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang meluluskan cadangan ini.

Artikel Berkaitan:

“Keprihatinan Perdana Menteri sudah pasti akan dihargai oleh semua,” katanya.

Saya bersyukur kerana kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman...

Posted by Wan Saiful Wan Jan on Thursday, December 31, 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!