Aliran trafik dijangka meningkat Ahad ini

Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dijangka mengalami peningkatan pada Ahad.
Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dijangka mengalami peningkatan pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dijangka mengalami peningkatan pada Ahad berikutan orang ramai mula kembali ke ibu kota daripada bercuti dan pulang dari kampung halaman masing-masing.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, buat masa ini, aliran trafik di seluruh negara terkawal dan lancar.

“Kami menjangkakan pertambahan aliran pada 3 Januari ini dengan mengambil kira tarikh terakhir untuk kembali bertugas selepas cuti panjang,” katanya pada Jumaat.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan baik.

"Patuhi undang-undang lalu lintas (dan) buat perancangan pergerakan. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memandu serta menungganglah secara berhemah," katanya.

Mohd Nadzri turut mengingatkan pemandu untuk memastikan mereka tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa bahan terlarang ketika memandu dan berhenti rehat sekiranya mengantuk.

Tinjauan pada Jumaat mendapati aliran trafik di tiga plaza tol utama di ibu negara lancar tanpa sebarang kesesakan.

Tiga plaza tol itu ialah Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!