Lebih 20 maut akibat wabak campak di Filipina

Seorang kanak-kanak Filipina yang menderita campak menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di Filipina.
Seorang kanak-kanak Filipina yang menderita campak menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di Filipina.
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Wabak campak di kawasan metropolitan Manila telah meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Filipina, hari ini.

Setiausaha Kesihatan Francisco Duque berkata jumlah kes yang tinggi disebabkan kadar vaksinasi rendah dalam kalangan kanak-kanak.

Jabatan Kesihatan (DOH) semalam berkata, terdapat 441 kes campak di kawasan metropolitan Manila pada 26 Januari lalu, berbanding 36 kes pada tahun 2018.

Duque hari ini turut mengisytiharkan bahawa terdapat juga kes penularan wabak campak di tengah dan selatan Luzon serta beberapa bahagian di tengah dan barat Viasaya.

"Kawasan-kawasan ini perlu meningkatkan tindak balas mereka terhadap campak dan semua kanak-kanak yang tidak pernah mendapatkan suntikan imunisasi n perlu disuntik dengan kadar segera.

"Ini adalah langkah yang berkesan dan selamat bagi menghentikan penularan wabak campak," katanya.

DOH sebelum ini berkata, kebanyakan kanak-kanak tidak mendapat suntikan imunisasi kerana ibu-bapa didorong rasa takut ekoran kes vaksin denggi Dengvaxia yang meragut beberapa nyawa pada 2017.

Gergasi farmaseutikal Perancis, Sanofi mengumumkan bahawa vaksin pertama di dunia buatannya mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada individu yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Filipina sudah memberikan vaksin Dengvaxia kepada 700,000 kanak-kanak, sejak 2016 dan negara itu muncul negara pertama yang menggunakannya secara meluas. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!