'Hapuskan scam poligami'

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mahu semua pihak bekerjasama menghapuskan kegiatan pemalsuan atau scam poligami melibatkan pihak suami, peguam syarie dan ‘orang dalam’ institusi kehakiman syariah.

Menurutnya, semua pihak perlu terlibat dan melaporkan kepada mahkamah supaya tidak berlaku penganiayaan kepada isteri dan anak-anak.

“(Contohnya) kalau peguam mengetahui memang ada orang dalam mahkamah yang melakukan perbuatan penyelewengan atau penipuan tadi,” katanya dalam program LiveFB Sinar Harian bertajuk Pendedahan Scam Poligami yang dihoskan oleh Haslina AR Kamaluddin.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini mendedahkan kebimbangan pelbagai pihak berikutan peningkatan kes pemalsuan dokumen poligami yang mengancam institusi keluarga dan kehakiman syariah di negara ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, pihaknya turut menerima aduan berkaitan scam poligami tiga minggu lalu dan telah menjalankan siasatan dalaman.

“Kita dapati bahawa pihak suami dan saudara kepada suami itu yang terlibat dalam isu pemalsuan alamat dan tandatangan pihak isteri. Saya difahamkan pihak berkaitan telah membuat laporan polis selepas siasatan dilakukan JKSM,” katanya.

Na’im dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berkuasa untuk menyiasat mana-mana pihak sama ada hakim, pegawai dan warga kerja mahkamah syariah yang melakukan kesalahan rasuah.

“(Sekiranya mereka) bekerjasama dengan pihak suami atau mana-mana pihak untuk menipu isteri supaya tidak hadir ke mahkamah. Yang ini pun kita akan pastikan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!