Wanita 84 tahun mangsa seksual jiran meninggal dunia

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
A
A
A

BURIRAM - THAILAND. Seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa rogol jirannya berusia 89 tahun dalam kejadian di daerah Nang Rong tiga bulan lalu, dilaporkan meninggal dunia awal minggu ini.

Wanita berusia 84 tahun yang identitinya dirahsiakan, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah pada Isnin.

Pada 2 November lalu, anak perempuan wanita malang tersebut telah membuat satu laporan polis mendakwa nenek tua terbabit dirogol jirannya.

Laporan perubatan mendedahkan terdapat kecederaan pada kemaluan wanita tersebut dan ia berpunca daripada tusukan objek keras.

Difahamkan, selepas menerima rawatan, tahap kesihatan mangsa semakin merudum dan keluarganya percaya kematian mangsa disebabkan serangan seksual tiga bulan lalu.

Sebelum ini, polis telah memanggil suspek namun lelaki berkenaan menafikan merogol mangsa dan dilepaskan tanpa jaminan berikutan keadaannya yang uzur.

Susulan kematian wanita terbabit, polis kini melancarkan semula siasatan dan dalam proses mengumpul saksi bagi membuka kertas pertuduhan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!