United bikin Liverpool tertekan

Baily tampil cemerlang mengemudi benteng United ketika aksi menentang Villa di Old Trafford pada awal pagi Sabtu.
Baily tampil cemerlang mengemudi benteng United ketika aksi menentang Villa di Old Trafford pada awal pagi Sabtu.
A
A
A

MANCHESTER United terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool apabila merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa di Old Trafford pada awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan United berada di tangga kedua carta liga biarpun berkongsi 33 mata dengan Liverpool selepas kedua-dua pasukan mengharungi 16 perlawanan setakat ini.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer nyata gembira dengan kemenangan ke-10 yang diraih The Red Devils dalam saingan liga selepas anak-anak buahnya bermula hambar pada awal musim ini.

Solskjaer berkata, aksi cemerlang jentera serangan selain keampuhan benteng pertahanan United mengekang asakan Villa menjadi faktor The Red Devils meraih keputusan positif.

"Kami sentiasa mahukan tiga mata dalam setiap perlawanan. Pada perlawanan hari ini, para pemain telah mempamerkan aksi baik dan menghasilkan banyak peluang mencipta jaringan.

"Eric Bailly juga mengemudi bahagian pertahanan dengan baik apabila berjaya menghalang percubaan pemain lawan yang mungkin menyebabkan kami kehilangan dua mata berharga," katanya.

Anthony Martial terlebih dulu meletakkan United di depan lima minit sebelum aksi babak pertama berakhir sebelum Villa menyamakan kedudukan menerusi Bertrand Traore pada minit ke-58.

Bagaimanapun, jaringan penalti kontroversi Bruno Fernandes pada minit ke-61 sudah cukup memastikan The Red Devils meneruskan rentak cemerlang mereka yang kini mengharungi 10 perlawanan tanpa kalah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!