Gunung Baling terbakar: Tanglung punca kebakaran?

Jhangir Khan
Jhangir Khan
A
A
A

BALING - Penduduk tidak menolak kemungkinan tanglung dibakar sempena Tahun Baru Cina punca kebakaran di Gunung Baling.

Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (Perkeba), Jhangir Khan Kathem Khan berkata, pihaknya menerima aduan tentang perkara itu daripada penduduk Taman Sri Baling dan Kampung Bawah Gunung.

“Kemungkinan ia disebabkan tanglung dibakar sebelum kejadian dan kita tidak menuduh mana-mana pihak.

“Apa pun Perkeba menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak buat pembakaran terbuka serta sebagainya,” katanya di sini, hari ini.

Hari ini ialah hari kedua operasi memadam kebakaran Gunung Baling melibatkan 101 anggota daripada pelbagai agensi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!