Jalan lama Bentong-Raub ditutup akibat tanah runtuh
BENTONG - Jalan lama Bentong-Raub di sini ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh pada Ahad.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong dalam kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan, laluan itu terpaksa ditutup ekoran tanah runtuh melibatkan laluan sepanjang 50 meter.
Katanya, kejadian itu berpunca daripada hujan lebat sejak Sabtu.
"Pihak konsesi sudah memasang papan tanda amaran di kawasan kejadian sebagai peringatan kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!