Jalan lama Bentong-Raub ditutup akibat tanah runtuh

Keadaan runtuhan tanah di jalan lama Bentong-Raub sehingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan. - Foto Facebook JKR Bentong

A
A
A

BENTONG - Jalan lama Bentong-Raub di sini ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh pada Ahad.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong dalam kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan, laluan itu terpaksa ditutup ekoran tanah runtuh melibatkan laluan sepanjang 50 meter.

Keadaan runtuhan tanah di jalan lama Bentong-Raub sehingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan. - Foto Facebook JKR Bentong
Keadaan runtuhan tanah di jalan lama Bentong-Raub sehingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan. - Foto Facebook JKR Bentong

Katanya, kejadian itu berpunca daripada hujan lebat sejak Sabtu.

"Pihak konsesi sudah memasang papan tanda amaran di kawasan kejadian sebagai peringatan kepada pengguna," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!