Bekas wartawan Sinar Harian meninggal dunia

Shaiful Azhar Ahmad Ali
Shaiful Azhar Ahmad Ali
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Bekas wartawan Sinar Harian, Shaiful Azhar Ahmad Ali meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam di sini pada jam 10.15 pagi Ahad.

Kematian mengejut Allahyarham Shaiful Azhar yang ketika ini bertugas sebagai polis bantuan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim Bandar Baharu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulim Bandar Baharu, Superintendan Azhar Hashim.

Shaiful Azhar yang berusia 51 tahun dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dan jangkitan kuman setelah ditemukan pengsan di rumah pada pagi Sabtu.

Anak ketiganya, Nadia Emylin Ezzrin, 20, berkata, Allahyarham sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius dan hanya mengadu demam beberapa hari sebelum meninggal dunia.

"Abah pengsan di rumah pada pagi Sabtu, namun kembali sedar setelah menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

"Bagaimanapun, keadaan kesihatan abah merosot mendadak pada awal pagi hari ini (Ahad) sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.15 pagi," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Kenangan Allahyarham Shaiful Azhar Ahmad Ali (berdiri tiga kiri) bersama pasukan Sinar Harian Edisi Utara sekitar tahun 2011.
Kenangan Allahyarham Shaiful Azhar Ahmad Ali (berdiri tiga kiri) bersama pasukan Sinar Harian Edisi Utara sekitar tahun 2011.

Allahyarham Shaiful Azhar pernah berkhidmat sebagai wartawan di Sinar Harian bermula tahun 2008 sehingga tahun 2013.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jamaliah Zakaria, 42, dan lima orang anak.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Masjid Jamek Alma Jaya di sini selepas waktu Asar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!