Tak mampu bayar sewa, tumpang teduh rumah saudara

Nik Som tidak jemu melayan kerenah anak sulungnya, Mohd Rafiq Syazwan yang menghidap Cerebral Palsy.
Nik Som tidak jemu melayan kerenah anak sulungnya, Mohd Rafiq Syazwan yang menghidap Cerebral Palsy.
A
A
A

KOTA BHARU - Empat beranak terpaksa menumpang teduh di rumah saudara mereka di Kampung Pulau Kundur di sini akibat kesempitan hidup.

Pasangan Nik Som Nik Ismail, 40, dan Roszaman Hussain, 44, tidak mampu menyewa rumah sendiri kerana perlu menampung keperluan anak sulung mereka, Mohd Rafiq Syazwan Roszaman, 5, yang disahkan menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak lahir.

Nik Som berkata, mereka sekeluarga memerlukan lebih RM1,000 sebulan untuk menampung keperluan anaknya yang hanya bergantung sepenuhnya kepada susu kerana tidak boleh makan makanan keras akibat masalah usus dan sistem pencernaan.

Menurutnya, berat badan anaknya kini hanya 10 kilogram dan memerlukan enam botol susu sehari.

"Susu yang anak saya minum berharga RM45 setin dan hanya bertahan dalam masa seminggu.

"Anak saya juga masih pakai lampin pakai buang," katanya ketika ditemui di rumah kakaknya di Kampung Pulau Kundur di sini pada Ahad.

Mohd Rafiq Syazwan
Mohd Rafiq Syazwan

Katanya, dia juga perlu berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk temu janji rawatan pada setiap bulan.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun kami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan, namun ia masih tidak mencukupi.

"Kami hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai tukang perabot dengan pendapatan tidak menentu kira-kira RM1,000 sebulan dan bergantung kepada upah yang diterima daripada tempahan pelanggan.

“Oleh sebab kos rawatan dan jagaan anak saya yang agak mahal, kami belum mampu menyewa rumah sendiri apatah lagi untuk memilikinya," katanya.

Mohd Rafiq Syazwan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu kerana tidak boleh makan makanan keras akibat masalah usus dan sistem pencernaan.
Mohd Rafiq Syazwan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu kerana tidak boleh makan makanan keras akibat masalah usus dan sistem pencernaan.

Nik Som berkata, mereka sekeluarga akan memiliki rumah sendiri selepas rumahnya di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohonnya tujuh tahun lalu siap.

"Permohonan rumah itu baru sahaja diluluskan dan berharap ia dapat disiapkan dengan segera.

"Kami sudah lama menumpang di rumah kakak saya (Nik Maimunah Nik Ismail, 43). Saya tinggal di sini sejak berkahwin pada enam tahun lalu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional Nik Som Nik Ismail 03100-29-00019770-1 atau hubunginya di talian 013-9681893.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!