KM84.6-84.7 LPT1 dekat Lanchang masih ditutup
KUANTAN - Laluan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di Kilometer 84.6 hingga 84.7 dekat Lanchang ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 11.30 malam pada Ahad.
Syarikat Konsesi LPT1, Anih Berhad dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan penutupan laluan melibatkan kedua-dua arah susulan limpahan air sedalam kira-kira satu meter.
Kenyataan itu turut menyebut limpahan yang turut berlaku di KM113.3 arah timur itu bagaimanapun laluan masih dibuka.
"Penutupan hanya melibatkan lorong kiri dan lorong kecemasan arah timur manakala arah Barat hanya lorong kecemasan sahaja ditutup berikutan limpahan air.
"Pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi," kata kenyataan itu.
Perkembangan semasa berhubung perkara itu boleh diikuti di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!