Mangsa banjir Johor menurun kepada 6,991 orang

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membantu menyediakan sebuah khemah untuk sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Ahad.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membantu menyediakan sebuah khemah untuk sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di Johor mencatatkan penurunan kepada 6,991 orang melibatkan 1,841 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Isnin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menurun berbanding 7,112 mangsa banjir daripada 1,854 keluarga pada jam 8 pagi.

"Sebanyak 68 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di lapan daerah terlibat banjir iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Segamat.

"Kluang masih lagi menjadi daerah paling teruk terjejas melibatkan 2,376 mangsa banjir daripada 669 keluarga dipindahkan ke 19 PPS," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, air pasang terus berlaku di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup, Pontian pada Isnin.

Katanya, air pasang berlaku di Tanjung Sedili pada jam 2.11 pagi dan 12.20 tengah hari dengan ketinggian 258 dan 193 meter (m), selain Johor Bahru pada jam 3 pagi dan 2.26 petang (309 dan 314m) serta Kukup pada jam 2.33 pagi dan 2.09 petang (269 dan 351m).

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah mangsa banjir Johor meningkat kepada 7,112

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!