Kartel daging haram: Empat direman empat hari

Empat individu direman selama empat hari untuk membantu siasatan berkaitan kartel daging import yang memalsukan logo halal.
Empat individu direman selama empat hari untuk membantu siasatan berkaitan kartel daging import yang memalsukan logo halal.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat individu termasuk seorang wanita direman di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin bagi membantu siasatan berkaitan pemalsuan logo halal.

Mereka yang berusia 39 hingga 50 tahun itu termasuk pengarah, pekerja dan kerani syarikat pengimport daging.

Pendaftar Mahkamah, Nur Izzaty Muhammad Zahari membenarkan permohonan reman selama empat hari yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10 pagi.

Kesemua disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini membenarkan perintah reman terhadap empat individu bagi membantu siasatan berkaitan pemalsuan logo halal.
Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini membenarkan perintah reman terhadap empat individu bagi membantu siasatan berkaitan pemalsuan logo halal.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian menerusi laporan khasnya mendedahkan kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Kegiatan kartel berkenaan terbongkar menerusi serbuan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bersama-sama agensi lain di sebuah stor di Skudai, dekat sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat termasuk pengarah syarikat pengimport daging sejuk beku ditahan

Kartel tukar daging haram jadi halal

Artikel Berkaitan:

Gudang kartel proses daging babi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!