Amaran cuaca buruk di beberapa negeri sehingga Selasa
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.15 pagi memaklumkan, kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu adalah daerah Kemaman manakala kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing di Johor.
Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Keadaan yang sama juga diramalkan berlaku sehingga esok di Pahang (Tanah Tinggi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), manakala Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!