Penuntut USIM korban kedua banjir di Johor

Anggota bomba mengangkat naik mayat penuntut USIM yang lemas di Kampung Bentong, Kluang, pada Isnin.
Anggota bomba mengangkat naik mayat penuntut USIM yang lemas di Kampung Bentong, Kluang, pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Seorang penuntut tahun pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan menjadi korban kedua banjir di negeri ini selepas ditemui mati lemas di Kampung Bentong di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai yang melimpah di kampung itu pada jam 12.20 tengah hari.

"Semasa kejadian, bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, memberitahu, Hakimi mahu ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki banjir.

"Mangsa juga ada memberitahu rakannya bernama Syafikh bahawa dia mendapat tahu ada jalan lain ke Kampung Bentong iaitu melalui jalan Kampung Melayu Nyior," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Bagaimanapun katanya, selepas Ikmal Hakimi pergi untuk bertemu rakannya, bapanya yang juga seorang guru cuba menghubungi telefon bimbit miliknya tetapi tidak dijawab.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Selain itu katanya, kereta Perodua Axia milik mangsa turut ditemui tidak jauh daripada mayat mangsa ditemukan.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, pihaknya masih menyiasat sama ada semasa kejadian mangsa memandu kereta untuk ke rumah rakannya itu atau berjalan kaki.

Kereta Perodua Axia milik mangsa ditarik naik selepas ditemukan dalam kawasan parit di Kampung Bentong, Kluang, pada Isnin.
Kereta Perodua Axia milik mangsa ditarik naik selepas ditemukan dalam kawasan parit di Kampung Bentong, Kluang, pada Isnin.

"Kereta mangsa ditemukan dalam parit. Kita menjumpai kereta mangsa selepas air surut dan tidak menolak kemungkinan mangsa menaiki kereta semasa kejadian dan dihanyutkan arus deras, namun siasatan masih dijalankan," ujarnya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang di sini untuk bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!