Tuntut hutang di majlis perkahwinan rakan

Irene Junita Sari menghantar jambangan bunga untuk tuntut hutang di majlis perkahwinan rakan wanitanya dan video tersebut tular di laman sosial.- Foto Detik News
Irene Junita Sari menghantar jambangan bunga untuk tuntut hutang di majlis perkahwinan rakan wanitanya dan video tersebut tular di laman sosial.- Foto Detik News
A
A
A

JAKARTA - Seorang wanita mempunyai cara tersendiri untuk menuntut hutang apabila menghantar sejambak bunga di majlis perkahwinan rakannya.

Posting rakaman video dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun @ceoofkemayu mendapat perhatian netizen dan tular di laman sosial.

Menerusi portal Detik News, Irene Junita Sari terpaksa berbuat demikian kerana rakannya berdegil untuk tidak membayar hutangnya berjumlah Rp1juta (RM288.24).

Dalam rakaman video di TikTok, Irene Junita Sari mengakui bahawa dia telah meminta wang tersebut namun rakannya tidak mengendahkan.

Irene Junita Sari, 21, menulis ucapan tahniah kepada rakannya dengan nada sindiran.

"Selamat menikah kakaknya, selamat menikmati uang (wang) haram 1M (Rp1juta) Nilep Arisan. Kapan (bila) mahu bayar".

Menurut Irene Junita Sari, dia tidak menyesali perbuatannya itu dan sehingga kini, video tersebut meraih lebih 1.5 juta tontonan, lebih 90,000 tanda suka sejak dimuat naik pada Ahad.

Irene Junita Sari mengatakan bahawa sejambak bunga sempena majlis perkahwinan itu sengaja dihantar kepada wanita terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Saya mengirim jambangan bunga pada 23 Disember 2020 jam 12 tengah hari," katanya yang tidak menyangka video berkenaan tular.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Irene Junita Sari dan berharap pihak terbabit dapat memulangkan semula wang tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!