Mahasiswa hasilkan tangan palsu guna Lego
SANT CUGAT - SEPANYOL. Seorang mahasiswa universiti di Sepanyol yang dilahirkan tanpa lengan kanan akibat masalah genetik, menghasilkan sendiri tangan prostetik menggunakan mainan Lego.
David Aguilar, 19, penuntut jurusan kejuruteraan di Universitat Internacional de Catalunya, mula menghasilkan tangan prostetik menggunakan Lego sejak berusia sembilan tahun.
Sejak daripada itu, Aguilar giat menghasilkan tangan prostetik yang mempunyai kemampuan pergerakan yang 'cekap'.
"Ketika kecil, saya berasa berasa gemuruh apabila berhadapan dengan orang ramai kerana saya berbeza, namun ia tidak menghalang saya daripada mengejar impian," kata pemuda berasal dari Andorra, sebuah wilayah kecil antara Sepanyol dan Perancis.
Kini, kesemua tangan prostetik hasil buatan Aguilar dipamerkan di kolej kediamannya, menurut anak muda berkenaan dia berhasrat menghasilkan lebih banyak tangan prostetik untuk kegunaan mereka yang memerlukan.
Dalam rakaman video di saluran YouTube miliknya, 'Hand Solo', Aguilar berkata, dia mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada sesuatu yang mustahil dan kecacatan tidak akan mampu menjadi penghalang.- Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!