Tragedi Triso: Upacara pembakaran mayat mangsa berlangsung esok

Keadaan pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso sehingga mengakibatkan sembilan mangsa mati lemas pada kejadian petang Jumaat. - Foto Bernama
Keadaan pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso sehingga mengakibatkan sembilan mangsa mati lemas pada kejadian petang Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SIBU - Upacara pembakaran mayat mangsa tragedi jeti feri Triso, Lorna Ting dan dua anak lelakinya akan berlangsung seperti dirancang di Taman Peringatan Nirvana, pada Selasa, menurut abang mendiang Lorna, Hing Ping.

Hing Ping berkata, ia setelah ahli keluarga berjaya mengumpul wang yang diperlukan untuk upacara itu, yang kebanyakannya hasil sumbangan orang ramai.

Beliau menzahirkan terima kasih atas keprihatihan penderma sambil berkata, “upacara pembakaran mayat akan berlangsung 7 pagi esok (Selasa),” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Triso: Enam beranak dikebumi dalam satu liang lahad

Tragedi Triso: Kerajaan gesa siasatan menyeluruh

Jasad tiga mangsa insiden Triso ditempatkan di Rumah Mayat Sibu

Katanya, mendiang adik dan kedua-dua anak saudaranya akhirnya dapat disemadikan bersama di perkuburan keluarga di taman peringatan berkenaan.

Lorna Ting, 33, serta dua anak lelakinya, Alvin, 12 dan Wallace, 7, meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bersama enam ahli keluarga lain terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti Feri Triso, Sebuyau, Jumaat lepas.

Artikel Berkaitan:

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah kakaknya, Siti Aishah Abdullah, 36, dan lima anaknya, Mohd Aiman ​​Mohd Hamzah, 7, Muhd ​​Mustaqin, 5, Khairunnisa, 14, Nor Shuhada, 16, dan Mohd Ahmad berumur empat bulan. Mereka dalam perjalanan ke Kuching untuk menghantar anak perempuan Siti Aishah ke sekolah madrasah.

Pagi Isnin, keluarga berkenaan kekurangan wang lebih RM20,000, untuk menampung kos upacara pembakaran yang berjumlah lebih RM60,000.

Permintaan Hing Ping untuk memohon sumbangan melalui media telah menyentuh hati masyarakat yang turut bersimpati dengan kematian mangsa dalam tragedi tersebut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!