Econsave ringankan beban Pusat Koreksional JB

Mas Imran (dua, kiri) menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Muhammad Syafiq untuk diagihkan kepada keluarga di Pusat Koreksional Johor Bahru, kelmarin.
Mas Imran (dua, kiri) menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Muhammad Syafiq untuk diagihkan kepada keluarga di Pusat Koreksional Johor Bahru, kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rangkaian pasaraya Econsave terus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka dalam membantu pelbagai pihak yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di negara ini.

Terbaru, rangkaian pasaraya itu menghulurkan sumbangan barangan makanan kepada Pusat Koreksional Johor Bahru yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam, pihaknya terpanggil untuk membantu meringankan bebanan warga pusat tahanan ini yang berdepan dengan kawalan pergerakan ketat susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Jelas beliau, sejumlah 76 pek barangan makana basah dan kering seperti sayur, ayam, beras serta lain-lain disumbangkan untuk 76 keluarga yang terbabit dalam PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru itu.

Sejumlah 76 pek barangan makanan basah dan kering disumbangkan oleh Econsave kepada Pusat Koreksional Johor Bahru.
Sejumlah 76 pek barangan makanan basah dan kering disumbangkan oleh Econsave kepada Pusat Koreksional Johor Bahru.

"Rangkaian pasaraya Econsave memang sentiasa prihatin terhadap sebarang bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat Covid-19 terutamanya di kawasan PKPD.

"Justeru itu kami berusaha membantu warga petugas di Pusat Koreksional Johor Bahru ini dengan memberi sumbangan barangan makanan untuk kemudahan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan barangan makanan itu diterima oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, Timbalan Penguasa Penjara (TPP) Muhammad Syafiq Mohd Sarif.

Ujar Mas Imran lagi, Econsave sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan agensi penguatkuasaan kerajaan yang berusaha keras menjaga aspek keselamatan negara selama ini.

"Program CSR ini hanya satu sumbangan kecil Econsave berbanding pergorbanan besar warga beruniform untuk rakyat dan negara.

"Insyaallah Econsave tidak akan berhenti menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan samada agensi kerajaan dan rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!