Kawasan pertanian terjejas sedang dinilai

Ronald (tengah) bersama tetamu jemputan dan peladang pada Program Agihan Benih Padi Sah dan Ziarah Peladang Negeri Perak di Perkarangan IADA Seberang Perak, Chenderong Balai, di sini pada Selasa.
Ronald (tengah) bersama tetamu jemputan dan peladang pada Program Agihan Benih Padi Sah dan Ziarah Peladang Negeri Perak di Perkarangan IADA Seberang Perak, Chenderong Balai, di sini pada Selasa.
A
A
A

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menilai jumlah kawasan tanaman yang terjejas akibat banjir yang sedang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ketika ini pihak kementerian sedang memantau dan membuat penilaian terhadap semua jenis tanaman dan ternakan yang terlibat.

Menurutnya, penilaian berkenaan akan dibuat sebaik sahaja banjir pulih dalam tempoh sekurang-kurangnya 45 hari.

“Kita memang mempunyai dana setiap tahun khusus bagi tanaman yang rosak akibat bencana alam ini. Jadi sekarang kita tahu banjir berlaku di beberapa buah negeri yang melibatkan beberapa bendang dan sawah di negara kita.

“Untuk keseluruhan industri pertanian kita ada lebih kurang RM80 juta sebagai dana untuk bencana alam termasuklah penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya kepada pemberita selepas Program Agihan Benih Padi Sah dan Ziarah Peladang Negeri Perak di Perkarangan IADA Seberang Perak, Chenderong Balai, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak,Datuk Zainol Fadzi Paharudin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik.

Mengulas lanjut, Ronlad berkata, ketika ini pihak kementerian sedang menerima laporan kawasan-kawasan tanaman dan ternakan yang terjejas termasuk sawah yang tenggelam akibat banjir.

Katanya, agensi di bawah MAFI akan mendapatkan maklumat daripada petani dan pesawah yang terkesan dengan bencana tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!