Pulau Pinang sedia rujuk MOF isu kelewatan projek hospital

Ends.
Keterangan Gambar:
Dr Afif (empat, kiri) ketika meninjau perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan di Hospital Seberang Jaya.
Ends. Keterangan Gambar: Dr Afif (empat, kiri) ketika meninjau perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan di Hospital Seberang Jaya.
A
A
A
SEBERANG JAYA- Kerajaan negeri melahirkan kebimbangan berhubung perkembangan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Hospital Seberang Jaya.

Ia berikutan berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek pembinaan blok bertingkat baharu yang sepatutnya disiapkan pada Jun 2020.

Exco Kesihatan Dr Afif Bahardin berkata, kelewatan projek blok baharu hospital yang berjumlah lebih RM368 juta sudah mengalami dua tahun kelewatan daripada tarikh awal projek disangka siap.

Menurutnya antara salah satu punca kelewatan projek ini isu tender terbuka yang sedang dilakukan dan ia seharusnya dirancang pada peringkat awal pelaksanaan projek.

Ekoran daripada beberapa isu yang timbul, Dr Afif berkata, pihaknya akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kewangan bagi melihat apakah langkah yang boleh diambil bagi memastikan isu kelewatan ini dapat ditangani.

“Saya faham bahawa proses tender terbuka penting untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu projek tapi dalam soal projek pembinaan hospital sebesar ini, tender terbuka perlu dilihat pada perancangan awal dan bukannya sewaktu projek sedang berjalan.

“Apabila perolehan dibuka semula secara tender terbuka, ia akan menjadi masalah koordinasi yang mana proses tender terbuka ini menyebabkan projek yang sudah sedia lewat akan bertambah lewat kira-kira setahun lagi.

“Sebab itu, saya melihat perlu ada perbincangan bersama kementerian kewangan (MOF) untuk melihat beberapa prosedur di dalam kerajaan yang boleh diguna pakai bagi mempercepatkan proses pembinaan projek ini, ” katanya pada sidang media ketika membuat lawatan di tapak pembinaan Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini hanya empat kontraktor telah dianugerahkan tender manakala 15 kontraktor lagi masih dalam proses tender dan dijangka diputuskan pada hujung bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Projek pembinaan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya telah bermula sejak tahun 2016. Bangunan baharu itu dibina untuk mengatasi masalah kesesakan pesakit serta kekurangan katil.

Bangunan baharu hospital yang dijangka siap pada 2021 itu bakal memuatkan sebanyak enam buah dewan bedah 316 buah katil serta kemudahan-kemudahan hospital yang canggih dan terkini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!