Lari dari pusat tahanan kerana takut awek curang
MADURA - INDONESIA. Tiga orang banduan dilaporkan meloloskan diri dari sebuah pusat tahanan di Kabupaten Sumenep, Maduro, Isnin lalu.
Tiga banduan terbabit dikenali sebagai Hasan Basri,Matrawi dan Riyanto, masing-masing berusia 27, 37 dan 16 tahun, melarikan diri dengan memanjat tembok masjid di pusat tahanan terbabit sebaik selesai solat Subuh.
Ketiga-tiga mereka kemudian naik ke bumbung sel tahanan wanita sebelum turun di kawasan parkir lalu meloloskan diri, namun aksi mereka sempat dirakam kamera pengawasan litar tertutup (CCTV).
Hasan berjaya ditahan kembali pihak berkuasa, tiga hari kemudian, namun apabila ditanya mengapa dia melarikan diri, Hasan memberikan alasan bimbang teman wanitanya akan berlaku curang semasa ketiadaannya.
Dalam pada itu, Riyanto turut berjaya ditangkap semula pihak berkuasa, sementara Matrawi masih diburu pihak polis. - Tribunnews
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!