PAC puas hati penjelasan Khairy

Wong Kah Woh
Wong Kah Woh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan berkompromi dengan prinsip ketelusan dalam menjalankan tugasan dan pada masa sama akan menjaga kepentingan negara sementara menghormati perjanjian yang telah dimeterai.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, secara keseluruhannya pihaknya berpuas hati dengan keterangan dan penjelasan yang diberikan kerajaan berkait perolehan dan penggunaan vaksin Covid-19.

Menurutnya, prosiding tersebut selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan benar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.

"Pada masa sama, PAC juga mengambil maklum mengenai terdapatnya Non Disclosure Agreeement (NDA) antara kerajaan dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19. Secara amnya, NDA tidak sewajarnya mengekang tugas dan peranan PAC.

"Bagaimanapun, dalam perkara ini, PAC akan mengimbangi antara peranan PAC dalam melaksanakan penelitian legislatif (legislative scrutiny) dengan peruntukan NDA dalam perjanjian komersial yang sedia ada, untuk memastikan tidak berlakunya sebarang pelanggaran perjanjian," katanya dalam satu kenyataan pasca prosiding Perolehan Vaksin Covid-19 dan Penggunaannya Terhadap Rakyat Malaysia di Parlimen pada Selasa.

Prosiding itu dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: Daftar melalui MySejahtera untuk pengambilan vaksin secara sukarela

Hadir sama, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Wong Kah Woh juga memaklumkan, PAC Parlimen akan mengadakan mesyuarat khas bersama MOSTI dan KKM sebelum laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat dalam memastikan segala syarat perjanjian berkenaan dipatuhi.

"PAC Parlimen komited untuk membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi Covid-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!