24,246 kes Covid-19, 518 kematian di Rusia dalam 24 jam

Jumlah kes Covid-19 di Rusia meningkat sebanyak 24,246 kes yang direkodkan dalam masa 24 jam.
Jumlah kes Covid-19 di Rusia meningkat sebanyak 24,246 kes yang direkodkan dalam masa 24 jam.
A
A
A

MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 di Rusia meningkat sebanyak 24,246 kes yang direkodkan dalam masa 24 jam pada Selasa berbanding 23,000 sehari sebelum, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Sejak sehari lalu, 24,246 kes disahkan di 84 wilayah termasuk 2,864 kes (11.8 peratus) tanpa gejala klinikal," menurut pihak berkuasa.

Peningkatan harian tertinggi dilaporkan di Moscow (4,842), St. Petersburg (3,649), dan di wilayah Moscow (1,131).

Jumlah kumulatif kes kini mencecah 3,284,384 kes, dengan kadar kenaikan 0.7 peratus dan angka kematian mencecah 59,506 orang.

Moscow dan St.Petersburg mencatatkan kes kematian harian tertinggi - masing-masing 75 dan 73 - jumlah pemulihan 2,662,668 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!