UMNO, Bersatu ibarat retak menanti belah

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Krisis hubungan di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tidak boleh diselamatkan lagi seolah-olah retak menanti belah pada ketika ini.

Menurut seorang sumber, ramai dalam kalangan pemimpin UMNO tidak gembira dengan beberapa tindakan oleh Bersatu sehingga menghiris hati dan perasaan mereka.

“Sentimen dan mood pemimpin-pemimpin UMNO sekarang sangat tidak bagus terhadap Bersatu dan mereka sepakat mahukan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan segera.

“Mungkin ada sedikit peluang untuk menjernihkan keadaan tetapi Bersatu kena beralah dan berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati,” katanya ketika di hubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, kira-kira 150 Ketua-Bahagian UMNO mengadakan pertemuan khas bersama pemimpin parti bagi membincangkan usul menolak kerjasama dengan Bersatu.

Pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun, difahamkan UMNO Bahagian Pahang dan Johor tidak dapat hadir berikutan banjir yang melanda negeri terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar tidak dipecat, tapi diganti, kata Ahmad

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seramai 12 Ketua UMNO Bahagian memberikan pandangan dalam pertemuan tersebut.

“Mereka membangkitkan tentang perbuatan membeli ahli-ahli UMNO oleh Bersatu yang dibimbangi akan memberikan kesan besar kepada UMNO.

“Mereka juga memberikan pelbagai pandangan mengenai peluang UMNO dalam pilihan raya nanti termasuk kemungkinan perlawanan lebih daripada dua penjuru,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), beliau menjelaskan perkara itu tidak dibangkitkan.

“Kita tidak akan bergabung dengan PH dan bukan satu pilihan pada ketika ini sebaliknya kita perkukuhkan kerjasama dengan Pas,” ujar beliau.

Dari kiri: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dari kiri: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bertemu bagi membincangkan perkembangan baharu itu.

Sementara itu, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Selasa malam menentukan hala tuju dan masa depan parti.

Dari awal lagi banyak orang bagi teguran, usah lantik orang politik duduk sebagai pengerusi mana-mana GLC atau agensi. Lambat-laun akan timbul kontroversi.

Ada pandangan yang mengatakan mereka tidak akan membuat keputusan cara profesional. Tapi Tan Sri Perdana Menteri mungkin ada agenda lain.

Berpuluh-puluh syarikat milik kerajaan dan agensi yang dipenuhi oleh orang politik. Habis terpelanting semua yang bukan orang politik tetapi profesional.

Awang pun tak terkejut apabila SPRM masuk ke Prasarana Malaysia Berhad. Sama ada ia ‘serbuan’ atau sekadar ‘berkunjung’ tak timbul.

Yang pentingnya pihak SPRM sahkan mereka dah masuk ke Prasarana untuk buat siasatan. Ekoran daripada beberapa isu yang berbangkit banyak pihak gesa SPRM bertindak di situ, termasuk Tan Sri Rafidah Aziz. Pada masa ini, terdedahlah wujudnya keluarga orang politik yang berpengaruh menjadi kontraktor atau pembekal pada syarikat itu. Bukan di Prasarana saja, tapi banyak syarikat lain lagi.

Awang rasa elok sangat SPRM buat siasatan sampai ke akar umbi. Biar jelas apakah ada yang tak kena di situ. Ia peluang yang baik bagi

Prasarana bersihkan dirinya dari macam-macam tohmahan.

Awang rasa rakyat pun nak tahu mengapa Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohammad Nizam Alias digantung kerja dan surat tunjuk sebab diberikan padanya. Beliau baru dilantik ke jawatan itu pada bulan Julai dan digantung pada 9 Disember 2020.

Ada udang di sebalik batu agaknya?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!